LAMAN UTAMA     PALAPES     STAF     MARKAS     LATIHAN
     
KATA ALUAN

KATA-KATA ALUAN KETUA JURULATIH PALAPES UNIVERSITI MALAYA

MEJAR SAZALI BIN ZAINAL ABIDIN

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah S.W.T. kerana dengan izinNya, saya berpeluang merakamkan sepatah dua kata untuk laman web PTj PALAPES Universiti Malaya ini.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa Multimedia di atas pembinaan laman web ini, bersempena dengan Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA yang ke-25 di kampus UM. Juga tidak lupa terima kasih saya di atas sokongan dan bantuan yang diberikan oleh pihak pengurusan universiti, terutamanya kepada staf Pusat Teknologi Maklumat terhadap projek multimedia ini.

Sebagai seorang pegawai tentera yang lama berkhidmat dengan ATM, saya dapat rasakan perubahan dari segi pencapaian dan penggunaan teknologi maklumat di dalam pengurusan, pentadbiran dan latihan pegawai kadet sekelian. Malahan, saya tidak ragu-ragu untuk mengatakan bahawa, InshaAllah, latihan peperangan secara digital mungkin akan menjadi sebagai sebahagian dari modul latihan kadet PALAPES. Saya berharap, PALAPES UM akan menjadi perintis untuk fasa latihan sedemikian.

Saya amat berterima kasih kepada pihak pengurusan Universiti Malaya yang sentiasa mengambil berat dan menyokong aktiviti PALAPES; bukan sekadar salah satu dari aktiviti ko-kurikulum universiti, tetapi sebagai satu aset sumber manusia yang bersedia sebilang masa demi pertahanan negara Malaysia. Kepada pegawai kadet yang juga mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya, saya ucapkan syabas di atas kesungguhan dan ketabahan saudara-saudari menyertai PALAPES. Semoga pengorbanan saudara-saudari di rahmati Allah dalam pelbagai jua cara dalam kehidupan saudara-saudari yang memiliki kedua-dua dunia awam dan ketenteraan.

Akhir kata, saya berdoa agar warga PALAPES UM sentiasa memimpin masyarakat dengan contoh disiplin dan kekuatan mental, fizikal serta kerohanian yang terbimbing di kalangan pegawai kadet. InshaAllah, PALAPES UM akan sentiasa terkehadapan dalam menempuh arus perkembangan zaman yang sewajarnya.

Sekian, wassalam.

 
    Webmaster: Lt Dr Yang Soo Siang @ hakcipta terpelihara     22 Februari 2006