LAMAN UTAMA     PALAPES     STAF     MARKAS     LATIHAN
     
 

Lain-Lain Aktiviti

Aktiviti-aktiviti rutin yang biasa dijalankan oleh PALAPES UM adalah sama seperti PALAPES-PALAPES IPTA lain dan unit-unit siri 500 kecuali kepada beberapa aktiviti-aktiviti khas sepanjang tahun 1999 sehingga sekarang.

a. Perbarisan Konvokesyen: Perbarisan konvokesyen akan diadakan pada setiap tahun sebelum perasmian Istiadat Konvokesyen tahunan. Perbarisan ini dianggotai oleh pegawai-pegawai Kadet PALAPES Darat dan Laut dan diketuai oleh pegawai-pegawai sukarela Tentera Darat dan Laut yang terdiri dari staf-staf Universiti Malaya.

b. Aktiviti Rekreasi Lasak Aktiviti riadah lasak akan dianjurkan oleh setiap intake Pegawai Muda yang baru di tauliahkan sebagai satu latihan kepimpinan dan organisasi kepada mereka seperti: mendaki Gunung Stong dan Ayam di Kelantan, Gunung Ledang di Johor; cabaran berakit di Sungai Nenggiri, Kelantan, Sungai Perak dan Sungai Pahang dan berbasikal dari UM ke Genting Highlands.

c. Aktiviti PALAPES bersama Pihak Universiti seperti: penganjuran Perkhemahan Biro Wanita Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya di Lata Kinjang, Perak; sebagai Jurulatih Motivasi untuk Program NADI UM, di Janda Baik, Pahang; membantu menanam pokok di sekitar kampus sebagai menyahut saranan Naib Canselor ketika itu untuk menghijaukan kampus UM dan

d. Perbarisan Hari Kemerdekaan.

e. Pertandingan Menembak antara Peringkat dan Staf UM: Acara tahunan ini akan disertai bersama oleh Pensyarah-pensyarah dan Kakitangan awam Universiti.

f. Kursus Orientasi Pegawai Muda Wisma PALAPES UM: Kursus ini diperkenalkan pada tahun 2002 dan berterusan sehingga sekarang berobjektifkan untuk melahirkan pegawai-pegawai muda yang mantap dan berwibawa.

g. Bantuan-bantuan khas seperti: membantu pihak keselamatan Universiti dalam operasi-operasi mereka, mengadakan pertunjukan-pertunjukan di dalam Pesta Konvokesyen seperti demonstrasi Kawad Tempur Platun, Tempur Tanpa Senjata, Kawad Hantu, Berlawan Benet, Pengapungan dan lain-lain; mengadakan pameran-pameran atas permintaan Universiti dan kolej; membina Perkampungan Perang dan ikhtiar hidup di Kolej Kediaman ke-5; membantu menguruskan upacara pengebumian Allahyarhamah isteri Naib Canselor UM keenam Kepten (Keh) Prof Dato Dr Anuar Zaini Bin Md Zain.

h. Istiadat ‘Sword Bearer’: Pihak Wisma PALAPES UM sentiasa bersedia mengadakan istiadat Sword Bearer untuk majlis perkahwinan pegawai-pegawai Tentera baik tetap dan sukarela apabila diminta.

i. Majlis Makan Beradat Majlis Makan Malam Regimental dilakukan setiap tahun bagi meraikan pegawai-pegawai muda yang baru ditauliahkan dan juga untuk acara-acara khas seperti Pertukaran Pegawai dan sebagainya.

 

 
    Webmaster: Lt Dr Yang Soo Siang @ hakcipta terpelihara     22 Februari 2006