 |
Kursus
Lanjutan
Setelah ditauliahkan pegawai-pegawai muda akan berpeluang
berkhidmat secara sukarela di unit-unit simpanan ATM (Rejimen Askar
Wataniah dan PSSTLDM). Bagi pegawai-pegawai tentera darat, mereka
berpeluang menghadiri kursus-kursus kenaikan pangkat di Pusat
Latihan Askar Wataniah (Kem Gunung Panjang, Ipoh, Perak). Maklumat
terperinci kursus-kursus tersebut boleh didapati dari Markas PALAPES
Darat. Kursus lanjutan pegawai-pegawai TLDM boleh didapati dari
Markas PALAPES Laut.
|
|