Prakata
Sejarah PALAPES
Jawatankuasa
Aktiviti Pentauliahan
Kolej Kediaman
Gambar

LAPORAN AKTIVITI

PENTAULIAHAN DIRAJA PALAPES IPTA KALI KE 25 DI UNIVERSITI MALAYA

 28 – 29 Mei 2006

Aktiviti Minggu Pentauliahan (Jadual Aktiviti di LAMPIRAN A) telah bermula pada hari Ahad 28 Mei 2006 dengan ketibaan kontingen-kontingen dari semua PALAPES IPTA. Semua kadet (Pecahan bilangan Kadet IPTA akan ditauliahkan di LAMPIRAN B) dan staf yang terlibat melapor ke Kolej Penginapan masing-masing sejak pagi hari tersebut. Semua PALAPES IPTA membuat pentadbiran/persiapan pada 2 hari yang pertama ini.

30, 31 Mei dan 2 Jun 2006

Pada hari Selasa, 30 Mei 2006, aktiviti Pentauliahan dimulakan dengan Pertandingan Bola Tampar dan Bola Jaring. Pertandingan awalan dijalankan selama dua hari (30-31Mei) dengan pertandingan akhir diadakan pada hari Jumaat 2 Jun 2006. Johan bola tampar disandang oleh PALAPES UM manakala Naib Johan disandang oleh PALAPES UPM. Pertandingan bola jaring diakhiri dengan kemenangan pada PALAPES USM manakala Naib Johan dimenangi oleh pasukan PALAPES UM.

 1 Jun 2006

Pertandingan kawad antara PALAPES IPTA telah berlangsung pada hari Khamis, 1 Jun 2006 di Padang Kawad Universiti Malaya. Pasukan UM adalah merupakan peserta ke–8  iaitu pada jam 3 petang. Dalam pertandingan tersebut, UKM telah mendapat Johan dengan pungutan mata 2177 manakala UM menjadi Naib Johan dengan mata 2028. Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat telah diadakan di Dewan Pusat Sukan bermula 7 petang. Majlis berakhir pada pukul 11 malam.

 3 Jun 2006

Pertandingan merentas halangan telah berlangsung pada pagi hari Sabtu, 3 Jun 2006 di Sirkit Rentas Halangan baru yang terletak di jalan belakang Kampus Universiti Malaya menuju ke pintu Jalan Damansara. Acara bermula pada pukul 7 pagi. Johan Kesuluruhan Pertandingan Rentas Halangan dimenangi oleh pasukan PALAPES UM dengan Naib Johan pasukan PALAPES UTM.

4 Jun 2006

Pertandingan mini marathon telah diadakan pada hari Ahad, 4 Jun 2006. Taklimat merentas desa diberi oleh penganjur pada 0645 pagi. Para peserta dilepaskan pada 7.00 pagi. Jarak keseruluhan untuk pegawai kadet lelaki dan lelaki terbuka adalah 8km manakala pegawai Kadet Wanita, veteran, dan wanita terbuka adalah 5km. Juara keseluruhan dimenangi oleh pasukan PALAPES UiTM. Naib johan dimenangi oleh PALAPES UM manakala tempat ketiga jatuh ke pasukan PALAPES UPM. Dari kiraan markah keseluruhan Pertandingan sukan, kawad kaki/senjata serta rentas halangan, Pasukan PALAPES UM memenangi Johan keseluruhan. Keputusan akhir kesemua pertandingan di LAMPIRAN C.

Majlis Penutup Sukan dan penyampaian hadiah diadakan selepas Pertandingan Mini Marathon telah disempurnakan oleh YBhg Prof Dato Dr Mohd Amin Jalaluddin, Pengarah PPUM mewakili YBhg Datuk Rafiah Salim, Naib Canselor UM. Majlis tamat pada pukul 1230 petang. Majlis juga dihadiri semua Timbalan-Timbalan Komandan PALAPES IPTA.

Malam Kebudayaan Pegawai Kadet telah diadakan pada malam tersebut. Majlis bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada pukul 11 malam. Persembahan sepanjang malam adalah dari Badan Kesenian Tentera Darat.

5 – 9 Jun 2006

Latihan Perbarisan Diraja akan bermula dari 7 pagi di Padang Kawad PALAPES UM dengan penglibatan kadet dan kakitangan tentera dari semua IPTA. Latihan Pengurniaan Watikah akan diadakan di Dewan Tunku Canselor pada waktu malam. Pada malam hari Rabu, 7 Jun 2006, Forum Perdana telah berlangsung dengan bertemakan ‘Kedaulatan Negara, Kita Pertahan, Kita Jaga’. Forum bermula pada pukul 9 malam, dengan ketibaan YBhg Datuk Rafiah Salim, Naib Canselor Universiti Malaya berserta ahli-ahli panel yang terdiri daripada:

 1. YBhg Brigadier Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Baharom, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)

2. YBhg Dato’ Profesor Abdul Munir bin Yaacob

3. YBhg Profesor Madya Dr Kamil bin Abdul Majid

4. YBhg Dr Syarifah Hayati bin Syed Ismail 

Majlis juga dihadiri semua Timbalan-Timbalan Komandan PALAPES IPTA. Majlis berakhir pada pukul 1030 malam dengan penyampaian cenderahati kepada ahli panel oleh YBhg Datuk Rafiah Salim, Naib Canselor Universiti Malaya. Siaran langsung melalui internet http://umisisweb.um.edu.my/webcasting.html telah dibuat dengan bantuan Unit Media, Fakulti Bahasa dan Linguistik/ Pusat Teknologi Maklumat Universiti Malaya.

10 Jun 2006

Latihan Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah diteruskan dengan diadakan Raptai Penuh Panglima Latihan Tentera Darat pada hari ini. Segala kekurangan akan diperbaiki dan dipantau oleh Panglima Latihan Tentera Darat YBhg Mejar Jeneral Dato’ Mokhtar bin Perman.

11 – 13 Jun 2006

Latihan Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah diteruskan. Ceramah Kerjaya dalam Angkatan Tentera Malaysia berlangsung pada petang hari Ahad 11 Jun 2006. Malam Silaturrahim PALAPES IPTA berlangsung pada hari Selasa 13 Jun 2006 di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya. VVIP yang dijemput terdiri daripada YBhg Datuk Rafiah Salim, Naib Canselor Universiti Malaya dan Panglima Latihan Tentera Darat YBhg Mejar Jeneral Dato’ Mokhtar bin Perman. Semua pegawai dan jurulatih tentera dari semua IPTA turut dijemput hadir.

14 Jun 2006

Latihan Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah diteruskan dengan diadakan Raptai Penuh Timbalan Panglima Tentera Darat pada hari ini. Segala kekurangan akan diperbaiki dan dipantau oleh Pemangku Panglima Tentera Darat YBhg Lt Jeneral Dato’ Wira Muhammad Ismail bin Hj Jamaluddin. Majlis pemakaian pangkat (Kolonel) Komandan PALAPES UM, YBhg Datuk Rafiah Salim telah berlangsung pada 11.30 pagi di Rumah Universiti selepas Raptai Pengurniaan Watikah. VVIP Tentera yang hadir, terdiri daripada berikut:

1. Pemangku Panglima Tentera Darat :

YBhg Lt Jeneral Dato’ Wira Muhammad Ismail bin Hj Jamaluddin.

2. Panglima Latihan Tentera Darat (PLTD):

YBhg Mejar Jeneral Dato’ Mokhtar bin Perman.

3. Asisten Panglima Pasukan Simpanan (AP PS):

Brigadier Jeneral Dato’ Hj Md Azman bin Hj Rosli

4. Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia (AKS CSM):

Brigadier Jeneral Mohd Zaki bin Hj Mokhtar

Pihak RTM telah membuat rakaman video pada hari ini untuk dijadikan selingan semasa wawancara Selamat Pagi Malaysia pada 9 pagi 15 Jun 2006. Wartawan dari media lain-lain juga hadir. Majlis tamat pada pukul 230 petang selepas sidang akhbar.

15 Jun 2006

Wawancara Selamat Pagi Malaysia dihadiri YBhg Datuk Rafiah Salim, Naib Canselor Universiti Malaya dan diiringi Leftenan Kolonel Profesor Madya Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Timbalan Komandan PALAPES UM. Latihan terakhir Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah telah diadakan pada hari ini. Pertandingan Golf akan diadakan di Kelab Golf Saujana Impian di Kajang.

 16 Jun 2006

Hari rehat untuk semua anggota staf dan kadet.

 17 Jun 2006

Istiadat Pentauliahan Diraja Kadet PALAPES IPTA Kali ke 25 berlangsung. Siaran langsung internet http://umisisweb.um.edu.my/webcasting.html

 18 Jun 2006

Semua bergerak balik ke pasukan masing-masing.

 KEPUTUSAN PERTANDINGAN SUKAN

 

Disediakan oleh:

Leftenan Dr Yang Soo Siang

Ketua Penyelaras J/K Multimedia Istiadat Pentauliahan Diraja ke 25 

15 Jun 2006