LAMAN UTAMA     PALAPES     STAF     MARKAS     LATIHAN
 

 

Pengambilan Kadet

 

Program Latihan

 

Kursus Lanjutan

 

Kalendar UM

 

Lain-Lain Aktiviti

 

Istiadat Pentauliahan Diraja Kadet PALAPES IPTA 2006

di universiti malaya

 

 

 

 

 

Latihan Ketenteraan di PALAPES UM

Program PALAPES adalah merupakan salah satu kursus pilihan di bawah rancangan Ko-Kurikulum atau Kursus Elektik Luar Fakulti; bergantung kepada peringkat penyertaan. Semua Pegawai Kadet akan menjalani latihan selama 3 tahun sebelum layak ditauliahkan. Latihan akan dijalankan mengikut peringkat yang ditetapkan. Latihan PALAPES telah dirangka dengan sistematik supaya ia tidak mengganggu pembelajaran mahasiswa di Universiti. Kemasukan bermula Sesi 2005/2006 akan diberi 6 jam kredit dikira sekiranya berjaya menamatkan enam (6) semester latihan. Pemberian Kredit seperti di atas akan ditarik balik sekiranya berhenti atas permintaan sendiri/bersabit dengan tindakan tatatertib atau atas sebab-sebab selain daripada yang tersebut di atas.

Kod Kursus untuk tujuan pendaftaran jam kredit adalah seperti yang tersenarai di bawah:

   PALAPES Tentera Darat: Peringkat 1: GNEK1009- 2 jam kredit (Ko-K)

   PALAPES Tentera Darat: Peringkat 2: GNEK1009- 2 jam kredit (KELF)

   PALAPES Tentera Darat: Peringkat 3: GNEK1009- 2 jam kredit (KELF)

PALAPES Tentera Laut Peringkat 1: GNEK1042- 2 jam kredit (Ko-K)

PALAPES Tentera Laut Peringkat 1: GNEK2042- 2 jam kredit (KELF)

PALAPES Tentera Laut Peringkat 1: GNEK2042- 2 jam kredit (KELF)

Yuran pendaftaran untuk Peringkat 1 adalah 50/jam. Bayaran tidak dikenakan untuk pendaftaran peringkat 2 dan 3.

Kelebihan

Seseorang mahasiswa yang menyertai program PALAPES sehingga tamat pengajian di UM akan memperolehi berbagai kemudahan dan peluang seperti berikut :

Penginapan di Kolej Kediaman Kelima Universiti Malaya

Diberi dua jam kredit setiap tahun bagi tujuan pengijazahan

Kemudahan Wisma PALAPES

Setiap anggota PALAPES akan diberi elaun berikut:

     Elaun Latihan Tempatan 

     Elaun Latihan Lanjutan

     Elaun Latihan Khemah Tahunan

     Elaun Sagu Hati (Bounty) 

     Elaun Pakaian Seragam apabila ditauliahkan

     Elaun Pakaian Istiadat sekiranya memohon

Pakaian dan peralatan asas ketenteraan secara percuma

Pengangkutan, sajian dan penginapan percuma semasa menghadiri latihan

Berpeluang memperolehi pengetahuan dan pengalaman tambahan yang tidak mudah diperolehi sekiranya seseorang itu bukan seorang anggota perajurit tetap

Secara automatik mempunyai kelayakan profesional tambahan yang diiktiraf oleh kerajaan

 

 

 

 
    Webmaster: Lt Dr Yang Soo Siang @ hakcipta terpelihara     22 Februari 2006