|
Skim
PALAPES Laut
a) Tempoh
menjalani latihan adalah 3 tahun.
b) Sukatan
pelajaran adalah Sukatan Pelajaran Pegawai Kadet TLDM.
c)
Mengikuti Latihan Fasa Laut di kapal-kapal TLDM semasa cuti semester
mengikuti Sukatan Pelajaran Pegawai Kadet TLDM.
d)
Mahasiswa dan mahasiswi yang mengikuti program PALAPES Laut
diiktiraf sebagai Pegawai Kadet.
e) Anggota
PALAPES Laut mahupun pegawai dalam latihan atau telah ditauliahkan
adalah bertakluk kepada AKTA ANGKATAN TENTERA 1972 dan Ordinan
PSSTLDM.
f)
Siswa-siswi yang lulus program PALAPES Laut dan setelah menerima
ijazah akademik akan ditawarkan:
i)
Memasuki TLDM sebagai Petugas Am Tauliah Jangka Pendek.
ii)
Memasuki PSSTLDM sebagai pegawai.
iii)
Ditauliahkan dalam PSSTLDM dan seterusnya dimasukkan ke dalam
Perjawatan Pegangan (Holding List) oleh sebeb-sebeb seperti
ketiadaan unit PSSTLDM yang berdekatan dengan tempat pegawai-pegawai
itu bekerja atau kekosongan perjawatan di dalam PSSTLDM. Mereka yang
diletakan dalam senerai ini adalah terikat secara longgar iaitu
sekiranya kalak Negara memerlukan mereka, meraka boleh dipanggil
untuk berkhidmat dalam TLDM atau PSSTLDM (Mengikut Akta Emergency
(Essential Power) Act 1979).
g) Untuk
siswa-siswi yang masih mengikuti kursus di IPTA masing-masing,
selepas ditauliahkan mereka akan diletakan dalam kekuatan genangan
PSSTLDM tetapi sekiranya tidak ada kekosongan perjawatan, meraka
akan diletakan dalam perjawatan pegangan PALAPES Laut.
h)
Pangkat-pangkat dalam PALAPES Laut IPTA
Tahun
1 - Pegawai Kadet (Cadet Officer)
Tahun
2 & 3 - Pegawai Kadet Kanan (Midshipmen)
Tahun
4 - Leftenan Muda PSSTLDM (Acting Sub-lieutenant)
PALAPES
Laut selalu memastikan pegawai dalam latihan atau pegawai tauliah
pasukan simpanan sukarela mempunyai penampilan yang berwibawa
seperti seorang anggota tetap TLDM dan mengharumkan nama TLDM. Motto
TLDM ‘Sedia Berkorban’ adalah selalu disimpan dalam hati setiap
anggota PALAPES Laut.
|