|
Markas
PALAPES UM
PALAPES UM
di naungi oleh YBhg. Naib Canselor merangkap Komandan dengan bantuan
Timbalan Komandan yang merupakan kakitangan atau pensyarah
Universiti yang juga Pegawai Tentera Bertauliah di dalam Rejimen
Askar Wataniah. Bermula tahun 2006, PALAPES UM telah diiktirafkan
sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) secara rasmi dalam
organisasi Universiti Malaya. Dengan itu Timbalan Komandan adalah
selaku Ketua PTj. Lt Mohd Nazar bin Ali merupakan pemegang jawatan
Penolong Pendaftar PTj PALAPES UM yang pertama. Kompleks PALAPES UM
kini menampung kemudahan untuk dua unit PALAPES iaitu PALAPES
Tentera Laut dan PALAPES Tentera Laut.
Markas
PALAPES ditadbir oleh Ketua Jurulatih dari Angkatan tetap dengan
dibantu oleh pegawai-pegawai, jurulatih-jurulatih dan staf-staf
tetap. Lokasi Markas adalah di Kompleks PALAPES yang di telah siap
dibina pada Februari 1998. Kompleks ini terdiri daripada blok
pentadbiran, blok kuliah, stor senjata, dewan besar, balai pengawal
dan padang kawad yang luas. Kompleks PALAPES UM sedang di
naiktarafkan pada masa ini (Februari 2006) untuk persediaan
penganjuran Istiadat Pentauliahan Kadet PALAPES IPTA Kali ke-25
(Jubli Perak) yang akan berlangsung pada bulan Jun 2006.
|
|