LAMAN UTAMA     PALAPES     STAF     MARKAS     LATIHAN
   
 

Pengambilan Kadet PALAPES

Pengambilan setiap tahun dilakukan sebaik sahaja pelajar mendaftar untuk memasuki Universiti. Taklimat terperinci akan dilakukan semasa Minggu Haluansiswa Universiti Malaya. Sila semak maklumat di Kolej Kediaman dan Fakulti masing-masing. Untuk melayakkan seseorang menyertai PALAPES,seseorang itu seharusnya memenuhi syarat-syarat berikut :

      Mahasiswa sepenuh masa Universiti Malaya

      Warganegara Malaysia

     Umur di antara 18 hingga 25 tahun(melebihi had umur masih boleh dipertimbangkan)

      Tahap kesihatan yang baik

      Tinggi minimum 157 cm bagi lelaki dan 145 cm bagi wanita

      Berat minimum badan 48 kg bagi lelaki dan 43 kg bagi wanita

      Tidak rabun warna. Berkaca mata juga boleh dipertimbangkan

      Pendengaran yang baik

      Perwatakan yang baik serta mempunyai minat yang mendalam di dalam latihan ketenteraan

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga pemilihan ATM. Latihan akan bermula setelah calon-calon berjaya dalam ujian pemilihan yang dikendalikan oleh Markas PALAPES/Bahagian Pasukan Simpanan (Darat) dan PSSTLDM (Laut).

 

 
    Webmaster: Lt Dr Yang Soo Siang @ hakcipta terpelihara     22 Februari 2006