|
PRAKATA
PALAPES UM
sentiasa mengorak langkah menuju kecemerlangan dengan tujuan
melahirkan pegawai-pegawai muda sukarela yang mantap dan
berwibawa disamping menyediakan barisan kepimpinan negara di
masa depan yang berkaliber, bijak dan berani. Tahun 2006
merupakan tahun ulangan bagi UM menjadi tuan rumah Istiadat
Pentauliahan Diraja Kadet PALAPES IPTA ke 25. Untuk itu,
pelbagai prasarana baru sedang disiapkan demi untuk
menggemilangkan istiadat tersebut. Antaranya membina sirkit
rempuh Halangan yang bakal digeruni oleh IPTA lain, penambahan
bangunan tambahan di kompleks PALAPES dan pemasangan sistem
hawa dingin di Dewan besar PALAPES. Seramai 1442 Pegawai Muda
telah dihasilkan oleh PALAPES UM dengan seramai 30 orang telah
menyertai Angkatan Tetap dan kerahan. Lebih kurang 250 anggota
masih lagi bergiat aktif di bersama unit-unit Rejimen Askar
Wataniah Siri 500. PALAPES UM akan terus berusaha dan berjuang
untuk menghasilkan pegawai-pegawai muda yang berwibawa,
berketerampilan dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan di
dalam Rejimen Askar Wataniah.

|