LAMAN UTAMA     PALAPES     STAF     MARKAS     LATIHAN
     
 

Program Latihan Kadet PALAPES

Modul PALAPES adalah sama dengan modul latihan Maktab Tentera Diraja (MTD) Cawangan Pegawai Kadet ATM yang dibahagikan kepada tiga (3) peringkat latihan. Latihan akan dijalankan mengikut peringkat yang ditetapkan seperti berikut:

PALAPES TENTERA DARAT
Tahun Pertama (Peringkat Junior Darat): pada tahap ini pegawai kadet akan dilatih untuk mencapai kemahiran sebagai seorang anggota repal Kelas II yang meliputi subjek taktik asas, kawad, senjata, tugas turus, baca peta, tugas rejimental, serta etika sosial dan pengetahuan am ketenteraan.

Tahun Kedua (Peringkat Intermediate Darat): Pada peringkat ini pegawai kadet dilatih untuk mencapai kemahiran sebagai seorang Ketua Seksyen. Pelajaran meliputi kemahiran lanjutan taktik, pengendalian senjata, latihan kawad, membaca peta, semboyan, ilmu kepimpinan, undang-undang tentera dan lanjutan kepada tugas turus dan etika sosial.

Tahun Ketiga (Peringkat Senior Darat): Pada tahun akhir ini, latihan ditumpukan kepada pembinaan kemahiran sebagai seorang pegawai muda yang mampu memimpin platun atau terup. Pelajaran tertumpu kepada memperdalam pelajaran-pelajaran di atas di samping memberi pendedahan kepada pelajaran ketenteraan awam.

PALAPES TENTERA LAUT
Tahun Pertama (Peringkat Junior Laut): pada tahap ini pegawai kadet akan dilatih untuk mencapai kemahiran asas yang meliputi subjek asas, kawad, senjata, etika sosial dan pengetahuan am ketenteraan.

Tahun Kedua (Peringkat Intermediate Laut): Pada peringkat ini pegawai kadet dilatih untuk mencapai kemahiran sebagai seorang pemimpin. Pelajaran meliputi kemahiran lanjutan taktik, pengendalian senjata, latihan kawad, semboyan, ilmu kepimpinan, undang-undang tentera dan lanjutan kepada tugas turus dan etika sosial.

Tahun Ketiga (Peringkat Senior Laut): Pada tahun akhir ini, latihan ditumpukan kepada pembinaan kemahiran sebagai seorang pegawai muda yang mampu memimpin. Pelajaran tertumpu kepada memperdalam pelajaran-pelajaran di atas di samping memberi pendedahan kepada pelajaran ketenteraan awam.

 
 

 

Jenis Latihan

Jenis latihan dan masa latihan adalah seperti berikut:

(a) Latihan Tempatan: Diadakan pada setiap hujung minggu di Kompleks PALAPES UM selama 240 jam (Darat sahaja). Latihan kadet PALAPES Laut di KD Sri Klang. Semua Pegawai Kadet diwajibkan menghadiri latihan kecuali kepada yang mendapat kebenaran khas. Latihan diatur berpandukan kepada kalendar akademik UM. 

(b) Latihan Khemah Tahunan: Latihan ini diadakan setahun sekali secara intensif selama 15 hari. Pada kebiasaannya latihan ini dijalankan di luar kampus pada masa cuti semester. Kebiasaannya latihan ini menjadi tumpuan anggota PALAPES kerana berpeluang menjalani latihan medan, melawat tempat bersejarah dan berkesempatan untuk beriadah. Latihan tahunan terbahagi kepada dua fasa. Fasa kem dan fasa medan.

1. Fasa Kem. Adalah medan ujian akademik yang melibatkan penilai-penilai dari PUSWATAN/unit-unit Siri 5 berhampiran (Darat) dan PSSTLDM (Laut). Ianya dilakukan disekitar Kompleks PALAPES, kampus dan Lembah Kelang (Darat) dan di KD Sri Klang (Laut).

2. Fasa Medan. Adalah medan praktikal bagi pelajaran taktik yang diajar kepada Pegawai Kadet. Bagi kadet PALAPES Darat Peringkat 1, Latihan medan adalah latihan CIW manakala untuk Peringkat Intermediate dan Senior, Latihan Medan adalah latihan CW. Bagi kadet PALAPES Laut, latihan fasa ini diadakan di atas kapal.

(c) Latihan Lanjutan: Latihan yang berterusan untuk 72 jam atau lebih. Latihan lanjutan biasanya diisi dengan dengan program rekreasi luar dan kembara duga. Had maksimum adalah selama 14 hari setahun. Latihan ini dijalankan semasa cuti pertengahan semester.

 
    Webmaster: Lt Dr Yang Soo Siang @ hakcipta terpelihara     22 Februari 2006