03-79676196 palapes@um.edu.my

Majlis Makan Malam Rejimental PALAPES UM 2019 penuh istiadat

Home / News

Majlis Makan Malam Rejimental PALAPES UM tahun 2019 telah diadakan pada 28 Sep 2019 yang lalu di Wisma PerwiraTentera Darat Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.  Majlis ini diadakan bersempena meraikan Pentauliahan Diraja bagi Pegawai-pegawai Muda PALAPES UM intake  ke 38  (PALAPES Darat) dan intake ke 17 (PALAPES Laut). Majlis ini telah dihadiri Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Hajjah Dr. Aishah Ong , Pro Canselor UM selaku tetamu utama  dan turut dihadiri Naib Canselor selaku Komandan PALAPES UM. 

Majlis kali ini telah disertai seramai 132 orang yang terdiri daripada Para Pegawai Muda yang baru ditauliahkan, Penguusan Kanan Universiti, Pengurusan PALAPES UM dan Pengurusan UIAM.

Majlis bermula dengan 'Officer call' pada jam 7.50 malam sehingga acara makan beradab  di dalam ballroom yang menghidangkan menu demi menu barat sambil didendangkan lagu-lagu brassband daripada  Pancaragam ATM. Suasana majlis berlangsung dengan penuh meriah mengikut adat-istiadat angkatan tentera.  Majlis selesai pada jam 10.20 malam.

Last Updated: 03/10/2019