MISI - Melahirkan pegawai-pegawai sukarela dalam Angkatan Tentera Malaysia.
VISI - Mempersiapkan pegawai-pegawai sukarela dengan ilmu ketenteraan untuk menjadikan mereka sebagai seorang pegawai yang mempunyai keperibadian yang tinggi serta daya kepimpinan yang unggul.
OBJEKTIF - Objektif penubuhan PALAPES adalah berdasarkan perkara-perkara berikut:
a. Melatih para pelajar UA dalam ilmu ketenteraan sebagai persediaan untuk mengukuhkan pertahanan negara dan ketahanan nasional.
b. Menyediakan sumber tenaga pegawai lepasan UA untuk Angkatan Tetap dan Angkatan Sukarela.
c. Melahirkan warga negara yang berdisiplin dan mempunyai patriotisme yang tinggi serta berkebolehan untuk memimpin.