03-79676196 palapes@um.edu.my

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi PALAPES UM

Home

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Malaya (PALAPES UM)  merupakan satu Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditubuhkan di universiti untuk penyertaan mahasiswa yang menjalani pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa.

PALAPES di Universiti Malaya berakar-umbi  sejak 3 April 1965 di mana pada ketika itu ia dikenali sebagai Batalion Infantri Pertama Askar Wataniah. Penubuhan batalion ini adalah sebagai tindak-balas seruan mahasiswa dan staf kepada  konfrontasi yang dilakukan oleh Indonesia. Maklumat lanjut tentang sejarah penubuhan  boleh didapati dalam ruangan Sejarah.

Secara objektif, PALAPES ditubuhkan  untuk menjadi medium penyertaan mahasiswa  untuk mendapatkan latihan ketenteraan untuk bersedia bertugas di pasukan-pasukan simpanan ATM selepas ditauliahkan dan tamat pengajian di universiti. Selain itu, penyertaan PALAPES dapat membina semangat  patriotik yang tinggi kepada negara, yang membentuk karakter modal insan  yang berdisiplin dan akauntabiliti  untuk pasaran kerja di sektor awam dan swasta. Bagi  pelajar PALAPES yang berminat untuk meneruskan kerjaya dalam pasukan tetap ATM, penyertaan PALAPES menjadi satu bonus  yang mempermudahkan jalan untuk menjadi seorang Pegawai ATM  selepas bergraduat.

Di PALAPES UM, PALAPES terdiri  daripada PALAPES Darat  yang mewakili  Tentera Darat Malaysia dan PALAPES Laut yang mewakili Tentera Laut Diraja Malaysia. Aktiviti dan latihan  keduanya bergerak seiring mengikut jadual semester  UM di bawah latihan masing-masing dengan koordinasi pentadbiran/kewangan di lakukan oleh PTj PALAPES  yang diketuai Timbalan Komadan selaku Ketua PTj.

Last Updated: 06/08/2020