03-79676196 palapes@um.edu.my

STRUKTUR LATIHAN PALAPES UM

Home / Struktur Latihan
PALAPES DARAT 

a) Pegawai Kadet Junior (Peringkat 1)
  • Dilatih   pada  tahap ahli repal kelas II yang merangkumi subjek-subjek seperti   kawad kaki, persenjataan, baca peta, adat-istiadat tentera darat, dan ilmu medan perang peringkat awal.
b) Pegawai Kadet Intermediate (Peringkat 2)
  • Dilatih   pada  tahap sebagai seorang komander seksyen yang merangkumi subjek-subjek seperti   kawad kaki, persenjataan, baca peta, adat-istiadat tentera darat, kepimpinan tentera dan ilmu medan perang peringkat pertengahan.
c) Pegawai Kadet Senior  (Peringkat 3)
  • Dilatih   pada  tahap sebagai seorang Ketua Platun  yang merangkumi subjek-subjek seperti   kawad kaki, persenjataan, baca peta, adat-istiadat tentera darat, kepimpinan tentera dan ilmu medan perang peringkat lanjutan.

PALAPES LAUT

  • a)  Pegawai Kadet / Officer Cadet (Peringkat 1)
    • Didedahakn sebagai peranan seorang Pegawai Tentera laut yang meliputi asas dalam kawad kaki, renang  (ikhtiar hidup), adat-istiadat tentera laut, ilmu kelautan dan ilmu pandu arah di laut.
  • b) Pegawai Kadet Kanan Junior / Junior Midshipman (Peringkat 2)
    • Didedahakn sebagai peranan seorang Pegawai Tentera laut yang meliputi kawad kaki , renang  (ikhtiar hidup), adat-istiadat tentera laut, ilmu kelautan, kepimpinan tentera laut , ilmu taktikal peperangan di laut dan ilmu pandu arah di laut tahap pertengahan.

    c) Pegawai Kadet Kanan  Senior / JSenior Midshipman (Peringkat 3)

    • Didedahakn sebagai peranan seorang Pegawai Tentera laut yang meliputi kawad kaki dan kawad pedang, renang  (ikhtiar hidup), adat-istiadat tentera laut, ilmu kelautan, kepimpinan tentera laut , ilmu taktikal peperangan di laut dan ilmu pandu arah di laut tahap lanjutan.
  • JENIS-JENIS LATIHAN

    a) Latihan Tempatan (10 jam)  - Latihan pada  hujung minggu dalam setiap semester. (240 jam setahun,  2 siri dalam sebulan. 1 siri terdiri daripada  hari Sabtu dan Ahad) .Lokasi latihan adalah di Markas PALAPES UM

    b) Latihan Berterusan PALAPES Darat  (lebih 72 jam berturut-turut) - Latihan pada cuti pertengahan semester ( 2 kali dalam setahun).Lokasi latihan di Markas PALAPES UM atau kem-kem tentera Darat yang dirancang.

           c) Latihan Kem Tahunan PALAPES Darat (15 hari setahun)  - Latihan diadakan pada cuti semester  2 setiap tahun. Latihan di hutan.

           d) Latihan Fasa 3 dan 6 (15 hari setahun) - Latihan diadakan  pada cuti semester 2 setiap tahun. Latihan di Pangkalan TLDM Lumut.

           e) Latihan FOMDEX / Latihan Pelayaran PALAPES Laut (14 hari setahun) - Latihan diadakan  pada cuti pertengahan semester  di Markas PALAPES UM,  pusat latihan TLDM   dan kapal-kapal perang TLDM.

Last Updated: 27/09/2019